Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Forum ‘The Cooler Earth Sustainability Summit: Facilitating a Just Transition’

Forum ‘The Cooler Earth Sustainability Summit: Facilitating a Just Transition’

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di forum ‘The Cooler Earth Sustainability Summit: Facilitating a Just Transition’.

Terima kasih beliau ucapkan kepada pihak CIMB kerana telah menjemput beliau sebagai panelis dalam forum tersebut.

Turut bersama dalam sesi tersebut ialah Menteri Kewangan Indonesia, Ibu Sri Mulyani dan H. E. Karima El Korri, Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia, Singapura dan Brunei sebagai moderator.

Beliau turut menekankan bahawa sektor swasta dan awam tiada pilihan selain bekerjasama untuk memastikan peralihan yang saksama dan pantas ke ekonomi karbon sifar bersih untuk menghadapi risiko perubahan iklim yang merupakan cabaran terhebat manusia.

Dalam peralihan ke ekonomi yang berdaya tahan iklim, tidak ada mana-mana Kerajaan yang mampu menggalasnya secara sendirian. Pendekatan ke arah peralihan hijau dan neutral karbon menjelang 2050 akan dipandu oleh prinsip 3R (Responsive, Responsible, Reformist) oleh Kementerian Kewangan:

  • Responsif terhadap kesan perubahan iklim terhadap kehidupan dan kebajikan rakyat, terutamanya dari segi kehilangan pekerjaan di dalam sektor tradisional, dan penjanaan pekerjaan di dalam sektor baharu.

  • Bertanggungjawab dalam menggubal dasar yang memastikan tiada sesiapa yang akan ketinggalan semasa kita beralih ke arah ekonomi yang lebih hijau.

  • Reformis dalam dasar kita bagi menangani cabaran struktur, di samping memudahkan peralihan yang adil dan inklusif bagi semua.

Pihak Kerajaan dan pihak berkepentingan harus berganding bahu dalam memastikan momentum pertumbuhan ekonomi dapat terus dijana dan dinikmati seluruh #KeluargaMalaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility