Genap setahun sejak Hospital Sungai Buloh menerima pesakit COVID-19 yang pertama.
YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan pada Sabtu lalu, 23 Januari 2021, telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Sungai Buloh bersama #TeamMOF untuk sesi perbincangan bersama pengurusan tertinggi hospital.



Pada sesi tersebut, pihak pengurusan telah memberikan taklimat mengenai operasi dan SOP hospital, serta cabaran dan keperluan pihak hospital sebagai antara hospital utama yang mengendalikan kes COVID-19 di Malaysia. ⠀
Beliau juga telah bertemu dengan frontliners serta backliners untuk melihat sendiri kondisi dan SOP pihak hospital dalam memastikan kesejahteraan petugas sentiasa terjamin, selain dari memberikan sokongan moral kepada mereka yang tidak lelah memastikan pesakit-pesakit mendapat rawatan pada tahap yang terbaik.