Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Governors’ Seminar: Pathways To Sustainable Green Growth In The Time Of COVID-19 Recovery Di 55th ADB Annual Meeting Di Filipina

Governors’ Seminar: Pathways To Sustainable Green Growth In The Time Of COVID-19 Recovery Di 55th ADB Annual Meeting Di Filipina

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan mengutarakan soalan-soalan yang mewakili anak muda Malaysia di Governors’ Seminar: Pathways to Sustainable Green Growth in the time of COVID-19 Recovery di 55th ADB Annual Meeting di Filipina.

Dalam sesi tersebut, beberapa panel termasuk Presiden ADB, Encik Asakawa dan Menteri Kewangan Filipina turut membincangkan mengenai fasa ‘recovery’ pasca COVID-19 sejajar dengan agenda kemapanan hijau.

Mewakili anak muda, beliau turut bertanyakan pendekatan menyeluruh ADB mengenai tindakan yang perlu dibuat untuk menyelamatkan anak muda daripada belenggu pengangguran yang agak kritikal selepas pandemik COVID-19.

Beliau telah mendapat ‘top votes’ dalam sesi tersebut dan moderator telah memilih soalan beliau untuk dijawab dalam sesi tersebut.

Beliau turut akan mengambil segala pandangan yang diberikan untuk memastikan permasalahan pengangguran dapat diminimumkan.

Arkib Foto

Logo Accessibility