“Terimak kasih kepabak kerajak keranak ning pernah uk lupak kan ipah yang menjik darik kampong. Bantuan STR dek ahmat ipah hargai bermak bagik ipah sak kemam.” Antara ucapan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada kalangan masyarakat Orang Asli suku kaum Bateq yang hadir pada hari ini, yang bermaksud “Terima kasih kepada kerajaan kerana tidak pernah melupakan kami yang berada jauh di pedalaman. Bantuan STR ini amat kami hargai dan sangat bermakna buat kami sekeluarga.”
Hari terakhir bagi program penunaian STR bagi masyarakat Orang Asli yang tiada akaun bank diteruskan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Jerantut, Pahang dan seramai 122 penerima STR hadir dengan jumlah penunaian direkodkan berjumlah RM137,800.00.
Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam memastikan penerima STR tidak tercicir daripada menerima bantuan terutamanya buat penerima masyarakat Orang Asli yang tiada akaun bank.
Tidak lupa, terima kasih buat semua petugas yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.