YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan merakamkan ucapan terima kasih YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di atas kesudian meluangkan masa menjenguk #TeamMoF di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya yang kini dalam peringkat akhir penyediaan #Bajet2022.

Bagi beliau, warga Kementerian Kewangan amat bertungkus-lumus dalam memastikan Bajet 2022 adalah bajet yang berimpak tinggi dan mengambil kira keperluan semua pihak.

Dalam merealisasikan matlamat #KeluargaMalaysia, Bajet 2022 akan menjadi nadi pemulihan ekonomi negara serta menekankan nilai-nilai Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran bagi memastikan tiada golongan yang tercicir.