YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan hari ini meluangkan masa meninjau persiap sediaan terakhir Belanjawan 2024 di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya dan turut menandatangani dokumen-dokumen berkaitan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan esok.
Turut sama dalam program hari ini ialah YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II serta YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Turut hadir, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara.
Beliau juga menyertai sesi fotografi bersama petugas-petugas yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2024.