YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah membuat tinjauan ke bilik penyediaan dokumen #Belanjawan2021 sempena Hari Tinjauan #Belanjawan2021 di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.
Turut hadir YB Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Mohd shahar abdullah, YBhg. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dato’ Asri Hamidon, YBhg. Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, YBhg. Akauntan Negara Malaysia, Datuk Dr. Yacob Mustafa, YBhg. Ketua Pengarah Kastam, Dato' Abdul Latif Abdul Kadir, Pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan dan #TeamMOF yang terlibat dalam penyediaan #Belanjawan2021.
#Belanjawan2021 akan dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan di Parlimen pada 6 November 2020.
*Semua tetamu telah menjalani ujian swab Covid-19 dan melakukan kawalan kendiri.





