YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan akan meneruskan tradisi beliau menggunakan hasil kreatif kraftangan tempatan untuk membawa dokumen penting bagi Belanjawan 2025.

Kerja seni tenunan songket beg fail dokumen Belanjawan 2025 ini dihasilkan oleh pereka tempatan, Adiguru Rasiah Yusoff dari Kampung Tikat Penambang, Kelantan manakala beg direka oleh Chew Kai Hung dari Pulau Pinang.
Tenunan songket membawa nilai sejarah yang tinggi sebagai fabrik warisan agung dan ia bersesuaian dengan peri pentingnya dokumen Belanjawan 2025 ini. Selain mengangkat martabat si pemakainya, ia melambangkan kedudukan tinggi si pemakainya.
Selain tenunan songket di bahagian luar, beg ini turut menerapkan kombinasi saree bagi lapisan dalam.
YAB Dato’ Seri Anwar telah hadir meninjau persiapan terakhir Belanjawan 2025 di Kompleks Kementerian Kewangan Putrajaya dan turut menandatangani dokumen-dokumen Belanjawan 2025.
Untuk rekod, tahun lalu, YAB Dato’ Seri Anwar turut menggunakan beg bercorak batik yang dihasilkan pereka tempatan, Batik Boutique.
#Belanjawan2025
#EkonomiMADANI
#MalaysiaMADANI