YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri menghadiri ke Istiadat Mengucap Selamat Berangkat Sempena Lawatan Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj ke Republik Turkiye.
Beliau mendoakan semoga Tuanku berdua serta rombongan selamat pergi dan pulang, memperoleh manfaat atas lawatan tersebut dan dikurniakan kesihatan yang terbaik sepanjang berada di sana.