Istiadat Pembukaan Penggal Ke–4 Majlis Parlimen ke–14

Istiadat Pembukaan Penggal Ke–4 Majlis Parlimen ke–14

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Istiadat Pembukaan Penggal Ke–4 Majlis Parlimen ke–14, yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Parlimen.

Menjunjung kasih Titah Diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, beliau dan seluruh tenaga kerja MOF akan terus bekerja keras bagi kesejahteraan #KeluargaMalaysia dan pemulihan ekonomi negara.