YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-14 2022 yang disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di Parlimen.

Turut hadir YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri bersama-sama ahli-ahli kabinet dan Ahli-ahli Parlimen.

Beliau dan seluruh warga Kementerian Kewangan akan terus menjalankan amanah dan tugas dengan penuh berdedikasi bagi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia terjamin.
![]() |
![]() |