Kemeriahan hari kedua di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia negeri Pahang turut telah dikunjungi oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan YBrs. Encik Mohd Sakeri Abdul Kadir, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), Kementerian Kewangan Malaysia .
Terdapat kaunter-kaunter pameran korporat dan khidmat nasihat melibatkan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara (ANM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Reruai K01.