Kunjungan tanpa henti orang ramai pada hari pertama ke reruai Kementerian Kewangan Malaysia (K03) di Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Negeri Melaka.
YBhg. Dato' Sri Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam turut berkesempatan turun padang dan beramah mesra dengan para pertugas Kementerian dan pengunjung yang hadir.
Terdahulu, majlis perasmian JAKM Negeri Melaka telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri dengan kehadiran YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.