Pilih bahasa anda
Jelajah Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada Masyarakat Orang Asli Tahun 2026 diteruskan lagi di daerah Kuala Kangsar, Perak.
Seramai 85 orang penerima telah menerima bantuan STR menerusi Program Penunaian STR yang berlangsung di Dewan Pandak Hamid, Orang Asli One Stop Centre, Bawong, Sungai Siput (U) dengan jumlah penunaian sebanyak RM53,750.00.
Program ini merupakan hasil kerjasama Kementerian Kewangan (MoF), Bank Simpanan Nasional (BSN), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) bagi memastikan bantuan kerajaan dapat disalurkan secara terus kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank, khususnya masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman.
Turut serta dalam program ini ialah Rakan Niaga SARA di bawah Jualan Rahmah, yang memberi peluang kepada penerima yang layak membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad masing-masing.