Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Jelajah Program Penunaian STR Semenanjung Malaysia Bagi Masyarakat Orang Asli Di Daerah Hulu Perak

Jelajah Program Penunaian STR Semenanjung Malaysia Bagi Masyarakat Orang Asli Di Daerah Hulu Perak

Jelajah Program Penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Semenanjung Malaysia bagi masyarakat Orang Asli yang tiada akaun bank diteruskan ke Daerah Hulu Perak dan merupakan lokasi terakhir pada tahun ini.

Program penunaian STR 2025 kali ini dijayakan di Dewan SK RPS Banun yang menyasarkan seramai 179 penerima dengan jumlah penunaian yang direkodkan sebanyak RM 99,150.00.

Program penunaian ini turut disertai Rakan Niaga SARA di bawah Jualan Rahmah yang memberi peluang dan pendedahan kepada penerima berkelayakan untuk membeli barangan SARA menggunakan MyKad masing-masing.

Sepanjang program ini berlangsung jelas menunjukkan usaha berterusan Kerajaan dalam menyalurkan bantuan STR dan SARA kepada penerima di kawasan pedalaman yang sukar diakses sekali gus memastikan tiada rakyat yang tercicir daripada menikmati bantuan yang disediakan.

Selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI, Kerajaan memastikan bantuan STR dan SARA disampaikan secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang layak di kawasan pedalaman, demi menjamin kesejahteraan hidup yang inklusif da

Arkib Foto

Logo Accessibility