Sebagai Kerajaan yang inklusif, golongan OKU tidak ketinggalan diberi perhatian di dalam #Belanjawan2021. Dengan objektif memperkasa golongan OKU, #Belanjawan2021 memperuntukkan sejumlah RM100 juta untuk menaikkan elaun bulanan petugas-petugas Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) daripada RM800 kepada RM1,200 dan dari RM1,200 kepada RM1,500 sebulan, di mana kebanyakan daripada petugas-petugas adalah dari golongan OKU. ⠀
Satu lagi inisiatif yang ingin diserlahkan ialah Insentif Pengambilan Pekerja OKU di bawah PenjanaKerjaya di mana majikan boleh mendapat insentif sehingga 60% dari gaji bulanan pekerja OKU mereka.⠀
PLPP Bangi juga menawarkan produk seperti makanan, songket & karya seni halus kepada orang ramai. Berilah sokongan anda dengan membeli produk mereka. Layari laman Facebook ProWell Project untuk melihat hasil karya mereka.