YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri sesi dialog bersama golongan professional muda bumiputera untuk meneliti sudut pandangan mereka dalam merangka Belanjawan 2021 yang holistik.
Sesi ini telah menjadi salah satu platform buat anak muda menyuarakan idea dan berkongsi pendapat tentang pendidikan belia, jaminan makanan, dan peningkatan kemahiran dalam ekonomi digital.
Turut hadir adalah YBhg. Tan Sri Zeti Aktar Aziz, Pengerusi PNB, Ahmad Zulqarnain Onn, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif PNB





