Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Konsultasi #Belanjawan2021 Bersama MCA

Konsultasi #Belanjawan2021 Bersama MCA

YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah mengadakan Konsultasi #Belanjawan2021 bersama Malaysian Chinese Association (MCA). Delegasi MCA ke Kementerian Kewangan melibatkan Datuk Chong Sin Woon, Setiausaha Agong MCA, Datuk Seri Yew Teong Look, Naib Presiden MCA, Datuk Heng Seai Kie, Ketua Wanita MCA, Datuk Nicole Wong Siaw Ting, Ketua Pemuda MCA, dan YB Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng, Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, merangkap Ahli Parlimen Tanjong Piai.

Antara cadangan yang telah diutarakan termasuk sokongan terhadap industri-industri yang terjejas akibat impak COVID-19, penambahbaikan infrastruktur pendidikan, penekanan terhadap industri TVET, dan usaha-usaha pemerkasaan wanita.

Arkib Foto

Logo Accessibility