YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II telah menerima kunjungan Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang SeMalaysia (GTSM) di Pejabat Timbalan Kementerian Kewangan II.
Sepanjang sesi perjumpaan tersebut, beliau turut dimaklumkan berkenaan informasi dan berita terkini seperti keadaan ahli-ahli di bawah gabungan GTSM yang menjadi antara golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
Kementerian Kewangan akan terus berusaha mencari jalan penyelesaian bagi memastikan golongan-golongan yang terkesan mendapat bantuan yang sewajarnya.