YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat ke atas TYT Fahad Mohammed Kafood, Duta Besar Qatar ke Malaysia untuk membincangkan mengenai hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia-Qatar.

Sepanjang sesi tersebut, pelbagai isu telah dikupas termasuk mengenai cabaran ekonomi global dan bagaimana Malaysia dan Qatar dapat menyokong satu sama lain dalam menghadapi cabaran-cabaran tersebut, di samping memperkuat hubungan perdagangan dalam perjalanan kedua-dua buah negara pasca pandemik.
Ribuan terima kasih beliau ucapkan kepada TYT Fahad atas kesudian menjemput beliau. Hubungan Malaysia-Qatar akan terus diperkasa demi kebaikan rakyat Malaysia dan Qatar.