Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JKDM

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah JKDM

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah, Menteri Kewangan II telah berkesempatan menerima kunjungan hormat YBhg. Dato' Anis Rizana Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam Malaysia di pejabatnya.

Kunjungan hormat ini menjadi wadah penting untuk berkongsi gagasan serta membincangkan isu-isu Jabatan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visi kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Berterapkan integriti yang tinggi dan melunaskan tanggungjawab dengan penuh amanah, JKDM dijangka meningkatkan kutipan cukai tidak langsung tahun ini kepada RM56 bilion ketimbang RM55.3 bilion pada tahun 2023.

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada JKDM atas sumbangannya dalam membantu Kerajaan mencapai sasaran hasil negara tahun ini.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility