Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Kunjungan Hormat & Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Boleh 5.0 Di JBPM

Kunjungan Hormat & Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Boleh 5.0 Di JBPM

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sempena penyampaian hadiah kepada JBPM sebagai salah satu pemenang Kempen Cashless Boleh 5.0.

Sesi penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Haji Ghazali Hizam, Setiausaha BKSK kepada YAS Dato’ Sri Ts. Nor Hisham Mohammad ketika Perhimpunan Bulanan JBPM.

Tahniah diucapkan kepada JBPM atas kejayaan merangkul kemenangan dalam kategori Federal Government <50K Transaction bagi Kempen Cashless Boleh 5.0. Pencapaian ini mencerminkan komitmen tinggi JBPM dalam memperkasakan agenda pendigitalan sektor awam dengan merekodkan kadar transaksi tanpa tunai melebihi 99%.

Kunjungan ini juga merupakan kunjungan hormat ke-10 yang dilaksanakan oleh BKSK sepanjang tahun 2026.

Arkib Foto