Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Kunjungan Hormat & Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Boleh 5.0 Kepada LHDNM

Kunjungan Hormat & Penyampaian Hadiah Kempen Cashless Boleh 5.0 Kepada LHDNM

Kementerian Kewangan (MoF), menerusi Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat (BKSK), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebagai tanda penghargaan atas kejayaan LHDNM yang diiktiraf sebagai antara pemenang Kempen Cashless Boleh 5.0.

Kempen ini dilaksanakan hasil kerjasama dengan Payments Network Malaysia Sdn. Bhd. (PayNet), dengan matlamat memperkukuh dan memperluas penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam sektor awam, sekali gus menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan kerajaan.

Tahniah diucapkan kepada LHDNM atas pencapaian cemerlang dalam kategori ‘Federal Government’ bagi Kempen Cashless Boleh 5.0. LHDNM telah membuktikan komitmen tinggi dalam memacu agenda digital dengan merekodkan kadar transaksi tanpa tunai melebihi 95%.

Pencapaian ini adalah hasil sokongan padu seluruh rakyat Malaysia dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang kini lebih pantas, selamat dan telus.

Sempena kunjungan tersebut, hadiah kemenangan telah disampaikan oleh delegasi MoF iaitu Tuan Haji Ghazali Hizam, Setiausaha BKSK kepada YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin selaku wakil rasmi LHDNM.

Arkib Foto