Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Kunjungan Hormat & Perbincangan Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Kunjungan Hormat & Perbincangan Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Program Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Sembilan membuka tirainya menerusi kunjungan hormat YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama Pasukan Belanjawan 2027 ke atas YAB Dato’ Haji Ismail Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan, di Menara MAINS, Seremban.

Kunjungan ini disusuli dengan sesi taklimat dan perbincangan bersama Kerajaan Negeri bagi memahami keutamaan pembangunan negeri serta mendapatkan pandangan dan cadangan sebagai input dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Sesi ini turut menyediakan ruang kepada Kerajaan Negeri untuk mengemukakan keperluan dan keutamaan setempat secara langsung kepada Kementerian Kewangan (MoF), sekali gus memperkukuh penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam memastikan perancangan pembangunan mengambil kira keperluan rakyat.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan); YB Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan; serta pegawai daripada MoF dan Kerajaan Negeri Sembilan.

Arkib Foto