YB Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia, H.E. Dr. Justin Lee di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.
Dalam perjumpaan tersebut, pelbagai isu melibatkan kedua-dua buah negara telah dibincangkan termasuk Malaysia-Australia Comprehensive Strategic Partnership (CSP), Double Tax Avoidance Agreement (DTAA) antara Malaysia and Australia, pelaksanaan 5G di Malaysia dan lain-lain.
Beliau berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Australia akan terus diperkukuh dari masa ke semasa dan mengharapkan hubungan sebegini akan memanfaatkan kedua-dua buah negara dalam pelbagai bidang.