YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II berkesempatan mengadakan Kunjungan Hormat terhadap YB Datuk Amar Douglas Uggah, Timbalan Premier Sarawak di Wisma Bapa, Kuching.

Kehadiran delegasi Kementerian Kewangan bersama-sama Timbalan Menteri Kewangan II ialah YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan Encik Ahmad Fauzi Sungip, Timbalan Ketua Pasukan Belanjawan 2024 telah disambut oleh YBhg. Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Setiausaha Kewangan Negeri.

Kunjungan Hormat ini adalah simbolik kepada keeratan hubungan dan penghargaan kerjasama dalam menjayakan Jelajah Belanjawan 2024 Negeri Sarawak.
