Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Kunjungan hormat YB Menteri Kanan Luar Negeri

Kunjungan hormat YB Menteri Kanan Luar Negeri

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan hormat YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan Luar Negeri di Kementerian Kewangan (MOF) untuk sesi perbincangan mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Seperti yang telah diumumkan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin, Perdana Menteri Malaysia, YB Menteri Kanan Luar Negeri akan turut serta secara aktif dalam membantu melaksanakan PPN.

Penyelarasan antara Kementerian dan agensi terlibat adalah amat penting bagi memastikan pelaksanaan PPN dapat dilakukan dengan lebih efisien dan mencapai impak positif demi kesejahteraan rakyat, perniagaan dan ekonomi negara.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Kanan atas kunjungan tersebut. Semoga kerjasama erat antara semua Kementerian dapat dibina dalam memastikan PPN dapat dilaksanakan dengan lancar.

Arkib Foto

Logo Accessibility