YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan Sdr Ismat, Ian dan Colin dari Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire (UKEC) di Kementerian Kewangan.
Mereka telah berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa serta cadangan untuk memperkasa mahasiswa, meningkatkan kebolehpasaran, pendidikan demokrasi dan literasi kewangan.


