Kunjungan Rasmi Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Kementerian Kewangan Malaysia
Foto
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan rasmi dari TYT Brian D. McFeeters, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia dan delegasi di Kementerian Kewangan Malaysia.
Antara yang telah dibincangkan bersama adalah mengenai keadaan semasa negara masing-masing, kerjasama rapat AS-Malaysia dari segi ekonomi, kewangan dan undang-undang, serta agenda kelestarian dan perubahan iklim.