YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan rasmi oleh TYT Ouyang Yujing, Duta Besar China ke Malaysia dan delegasi di Kementerian Kewangan Malaysia.

Sepanjang kunjungan, mereka telah berbincang dan bertukar pandangan, antaranya adalah kerjasama Malaysia-China dalam pembangunan infrastruktur dan logistik, peluang pelaburan bersama, serta langkah-langkah proaktif yang akan mengukuhkan hubungan Malaysia-China terutamanya bagi segmen pasaran modal dan kewangan.

Terima kasih diucapkan kepada TYT Ouyang Yujing dan delegasi atas kunjungan ini.