Kunjungan YBhg. Dato' Azizulhasni Awang ke MOF

Kunjungan YBhg. Dato' Azizulhasni Awang ke MOF

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menerima kunjungan daripada YBhg. Dato' Azizulhasni Awang, jaguh berbasikal trek negara di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia.

Sepanjang sesi perjumpaan, mereka berkesempatan berbincang mengenai perkembangan sukan negara dan cadangan-cadangan yang boleh diterapkan dalam #Bajet2022.

Turut hadir YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan YBhg. Dato' Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan semua input #Bajet2022 yang dicadangkan akan diteliti oleh pihak MOF. Beliau turut merakamkan ucapan tahniah buat YBhg. Dato' Azizulhasni Awang di atas kejayaan yang besar di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.