Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Larian Fun Run Merdeka MoF 2026

Larian Fun Run Merdeka MoF 2026

Semangat patriotisme dan kebersamaan warga Perbendaharaan terus disemarakkan menerusi Larian Fun Run Merdeka MoF sejauh 5 kilometer yang berlangsung di sekitar Taman Wawasan, Putrajaya.

Larian ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) yang turut menyertai acara bersama-sama 710 warga Perbendaharaan dalam suasana penuh ceria, setiakawan dan muhibah.

Lebih daripada sekadar aktiviti riadah, larian ini menjadi wadah untuk warga Perbendaharaan menghayati erti kemerdekaan, menyemarakkan rasa cinta kepada negara serta memperkukuh perpaduan dan kebersamaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada negara.

Setiap langkah dan setiap kilometer yang dilalui membawa satu tekad yang sama untuk membina warga yang lebih sihat, mempererat semangat kerja berpasukan dan terus bersama-sama menyumbang kepada kemajuan Malaysia. Kerana kemerdekaan bukan sekadar untuk diraikan, tetapi untuk dihayati, dipelihara dan diterjemahkan melalui khidmat, tanggungjawab serta kebersamaan dalam membina negara.

Bertepatan dengan semangat sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, warga Perbendaharaan akan terus melangkah bersama, memperkukuh tekad dan menyumbang dengan penuh amanah demi Malaysia yang lebih maju, sejahtera dan inklusif.

 

Arkib Foto