Kementerian Kewangan (MOF) telah menerima lawatan akademik oleh University of Nottingham Malaysia yang melibatkan seramai 39 orang pelajar Fakulti Ekonomi dan seorang pensyarah pengiring.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Azlan Ahmad, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Cukai (Perkhidmatan ll), Bahagian Cukai dan YBrs. Encik Mohamad Shahir Jamalludin, Penolong Pengarah Belanjawan Negara, Unit Dasar, Pejabat Belanjawan Negara.
Sesi soal jawab bersama para penceramah turut diadakan sebelum program berakhir. Sepanjang sesi lawatan tersebut, mereka kelihatan amat teruja kerana berpeluang hadir ke MOF.