YB Tuan Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan II semalam telah melawat ibu pejabat dan kilang Perodua di Sg. Choh Rawang, Selangor.
Syabas diucapkan kepada Perodua diatas keprihatinan menjaga kebajikan dan keperluan pekerja-pekerjanya dalam mengharungi cabaran pandemik Covid 19.
Diharap Perodua akan terus maju dalam pengeluaran “Kereta Rakyat” mampu milik dan bersama-sama negara dalam menghadapi situasi ekonomi masakini untuk terus maju dan gemilang.






