Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Ke Kilang Ajinomoto Di Techpark Enstek

Lawatan Ke Kilang Ajinomoto Di Techpark Enstek

Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Sembilan diteruskan dengan lawatan  YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama Pasukan Belanjawan 2027 ke kilang Ajinomoto (Malaysia) Berhad di Techpark Enstek, Bandar Enstek.

Lawatan ini memberi peluang untuk memahami operasi pengeluaran makanan serta rantaian bekalan yang melibatkan bahan mentah, pembungkusan dan pengedaran. Kecekapan operasi, pematuhan halal, keselamatan makanan serta kebolehkesanan bahan merupakan antara aspek penting dalam memperkukuh keyakinan pengguna dan daya saing industri.

Pelaburan dalam sektor ini turut berpotensi membuka lebih banyak peluang kepada pembekal tempatan, perusahaan dan tenaga kerja berkemahiran, sekali gus memperkukuh ekosistem industri makanan bernilai tambah negara.

Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), serta barisan pengurusan Ajinomoto (Malaysia) Berhad.

Tinjauan ini membantu Kerajaan memahami keperluan industri dalam memperhalusi pertimbangan Belanjawan 2027.

Arkib Foto