Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Ke Kuarters Kastam Taman Tuanku Jaafar

Lawatan Ke Kuarters Kastam Taman Tuanku Jaafar

Agenda Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Sembilan diteruskan dengan lawatan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama Pasukan Belanjawan 2027 ke Kuarters Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Taman Tuanku Jaafar, Seremban.

Lawatan ini memberi ruang kepada Kementerian Kewangan untuk meninjau keadaan kemudahan kediaman warga JKDM serta memahami keperluan pengurusan, penyelenggaraan dan pembaikan kuarters berdasarkan keadaan sebenar di lapangan.

Pengurusan aset kerajaan yang baik penting bagi memastikan kemudahan terus berada dalam keadaan selamat dan kondusif, memanjangkan tempoh penggunaannya serta memastikan setiap peruntukan dimanfaatkan secara berkesan. Pada masa yang sama, aspek kebajikan dan keselesaan warga perkhidmatan awam turut menjadi pertimbangan dalam menilai keutamaan perbelanjaan Kerajaan.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah pihak pengurusan JKDM Negeri Sembilan serta delegasi Kementerian Kewangan.

Input yang diperoleh melalui tinjauan di lapangan membantu Kerajaan memperhalusi keutamaan perbelanjaan berdasarkan keperluan sebenar.

Arkib Foto