Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Ke UTC Melaka

Lawatan Ke UTC Melaka

Program Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Melaka diakhiri dengan lawatan kerja YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka di Jalan Hang Tuah, bagi meninjau penyampaian pelbagai perkhidmatan Kerajaan melalui kemudahan berpusat yang mudah diakses rakyat.

UTC Melaka yang beroperasi sejak 12 Jun 2012 menempatkan 24 agensi kerajaan dan badan berkanun. Kemudahan ini turut merangkumi konsep WeServe yang menghimpunkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), selain Wellness Hub serta Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penyediaan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi dapat memudahkan urusan harian rakyat. Pada masa yang sama, penambahbaikan berterusan perlu mengambil kira kecekapan proses, keselesaan pengguna dan penggunaan kemudahan Kerajaan secara optimum.

Lawatan ini memberi peluang untuk menilai pelaksanaan penyampaian perkhidmatan secara langsung, sekali gus membantu Kerajaan mengenal pasti ruang untuk meningkatkan pengalaman rakyat dan memastikan mutu perkhidmatan awam sentiasa cekap, berkesan serta mesra pengguna.

Arkib Foto