Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Ke UTC Perlis

Lawatan Ke UTC Perlis

Program Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Perlis diakhiri dengan lawatan kerja oleh YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis di Kangar bagi meninjau penyampaian pelbagai perkhidmatan Kerajaan melalui kemudahan berpusat yang mudah diakses oleh rakyat.

UTC Perlis yang beroperasi sejak 20 Oktober 2017 menempatkan 13 agensi Kerajaan dan badan berkanun. Kemudahan ini turut merangkumi konsep WeServe yang menghimpunkan perkhidmatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), selain Wellness Hub serta Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Penyediaan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung memudahkan urusan harian rakyat, di samping meningkatkan akses kepada perkhidmatan Kerajaan. Seiring dengan keperluan semasa, penambahbaikan berterusan perlu mengambil kira kecekapan proses, keselesaan pengguna serta penggunaan kemudahan Kerajaan secara optimum.

Lawatan ini memberi peluang untuk melihat sendiri pelaksanaan penyampaian perkhidmatan di lapangan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi meningkatkan pengalaman rakyat dan memastikan perkhidmatan awam terus cekap, berkesan dan mesra pengguna.

Orang ramai turut dijemput untuk berkongsi pandangan dan cadangan bagi Belanjawan 2027 melalui Portal Cadangan Belanjawan di belanjawan.mof.gov.my. Setiap maklum balas menjadi input penting dalam usaha Kerajaan memperhalusi Belanjawan 2027 agar lebih responsif terhadap keperluan rakyat dan negara.

Arkib Foto