Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Kemajuan Program TM Future Skills di SMKA (P) Almashoor, Pulau Pinang

Lawatan Kemajuan Program TM Future Skills di SMKA (P) Almashoor, Pulau Pinang

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan untuk melihat kemajuan Program TM Future Skills (TMFS) di SMKA (P) AlMashoor, Pulau Pinang.

Lawatan ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Amar Huzaimi Md Deris, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM), dan disantuni oleh YBrs. Puan Rosmiza Ahmad, Pengetua SMKA (P) AlMashoor.

Sesi dimulakan dengan taklimat mengenai Kemajuan Program TM Future Skills di Sekolah Angkat TM serta Kemajuan Pendidikan STEM SEMASHOOR, sebelum para pelajar mempersembahkan demonstrasi TM Future Skills kepada delegasi yang hadir.

Program ini memberi pendedahan kepada pelajar terhadap teknologi dan kemahiran masa hadapan, sekali gus membantu memupuk minat dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), serta membina generasi muda yang kreatif, berdaya saing dan bersedia menghadapi perkembangan ekonomi digital.

Kerjasama strategik antara sektor awam dan korporat melalui inisiatif seperti TMFS penting dalam memperkukuh pembangunan bakat serta ekosistem pendidikan STEM negara bagi memenuhi keperluan kemahiran masa hadapan.

Turut hadir YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), delegasi Kementerian Kewangan (MoF), Telekom Malaysia serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto