Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Kerja ke JKDM Muar, Johor

Lawatan Kerja ke JKDM Muar, Johor

YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Muar dan telah disambut baik oleh YBrs. Tuan Shaharudin Abdul Majid, MTT Pengarah Kastam Negeri Johor, Puan Lee Heng Liang, Ketua Kastam Daerah Stesen Muar serta warga kerja JKDM Muar.

Tujuan lawatan tersebut adalah mengadakan sesi beramah mesra serta mengenali dengan lebih dekat lagi pegawai-pegawai JKDM khususnya di Stesen Muar.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Puan Lee Heng Liang dan diteruskan dengan ucapan dan amanat oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam ucapan tersebut, beliau menerangkan fungsi utama JKDM di Malaysia dan juga berharap agar pihak JKDM sentiasa menanamkan iltizam untuk terus melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama warga JKDM muar di Tugu Bot, Stesen Muar.

Arkib Foto

Logo Accessibility