Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Kerja Menteri Kewangan II ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS)

Lawatan Kerja Menteri Kewangan II ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS)

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan kerja ke Lumut Naval Shipyard (LUNAS), Lumut, Perak.

Dalam lawatan tersebut, beliau telah diberikan taklimat berkenaan latar belakang syarikat dan juga perkembangan projek Littoral Combat Ship (LCS) oleh YBrs. Ir. Azhar Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif LUNAS.

Melengkapi lawatan ini, delegasi dibawa melawat gudang penyimpanan serta kapal LCS 1 yang sedang giat dalam pembinaan. Penerangan juga turut diberikan oleh YBrs. Laksamana Pertama Ir. Ts. Franklin Jeyasekhar Joseff, Ketua Pengarah Projek LCS.

Turut mengiringi, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) dan YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Setiausaha Bahagian (Dasar), Bahagian Pengurusan Strategik Badan Berkanun (SBM).

Arkib Foto

Logo Accessibility