Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Rasmi Ke Taman Rekreasi Eco-Rimba Sungai Batu Pahat & Rimba Herba Perlis

Lawatan Rasmi Ke Taman Rekreasi Eco-Rimba Sungai Batu Pahat & Rimba Herba Perlis

YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan ke Taman Rekreasi Eco-Rimba Sungai Batu Pahat dan Rimba Herba Perlis sempena lawatan kerja rasmi Pasca Bajet 2022.

Sejak pandemik COVID-19 melanda, kedatangan para pengunjung ke tempat tersebut merosot sehingga 70 peratus pada tahun 2021. Pelbagai penambahbaikan telah dibuat untuk membina kitaran air yang mampan khususnya untuk mengatasi masalah kekurangan air pada musim kemarau.

Beliau juga berkesempatan untuk meninjau tempat perkhemahan yang disediakan untuk orang awam serta meninjau pelbagai tumbuhan herba di Rimba Herba Perlis. Dilengkapi dengan informasi berkenaan tumbuhan, setiap tumbuhan juga mempunyai QR Code tersendiri untuk orang awam mengenali lebih lanjut secara digital.

Antara aktiviti yang menarik juga adalah aktiviti merendamkan kaki ke dalam minyak herba yang telah dimasak untuk meningkatkan kesihatan.

Arkib Foto

Logo Accessibility