Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Tinjauan Ke Jabil Circuit Sdn. Bhd., Chuping Valley Industrial Area

Lawatan Tinjauan Ke Jabil Circuit Sdn. Bhd., Chuping Valley Industrial Area

Agenda Jelajah Belanjawan 2027 Negeri Perlis di CVIA diteruskan dengan lawatan tinjauan YB Tuan Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan bersama Pasukan Belanjawan 2027 ke tapak operasi Jabil Circuit Sdn. Bhd.

Tinjauan ini memberi tumpuan kepada keupayaan fasiliti dan ekosistem perkilangan bernilai tinggi yang berpotensi merancakkan rantaian bekalan tempatan, sekali gus mengukuhkan kedudukan CVIA sebagai lokasi pelaburan strategik bagi pertumbuhan ekonomi negeri.

Pelaburan sektor pembuatan perlu bergerak seiring dengan peningkatan produktiviti, pembangunan bakat dan pengukuhan rantaian bekalan domestik. Penyertaan syarikat serta vendor tempatan juga penting supaya manfaat pelaburan dapat diperluas melangkaui tapak operasi utama.

Lawatan seperti ini membolehkan Kerajaan memahami dengan lebih dekat faktor yang diperlukan untuk terus meningkatkan daya tarikan pelaburan, mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan memperluas peluang ekonomi kepada tenaga kerja serta perusahaan tempatan. Orang ramai turut dialu-alukan untuk mengemukakan idea dan pandangan bagi Belanjawan 2027 melalui Portal Cadangan Belanjawan di belanjawan.mof.gov.my, supaya keutamaan Belanjawan dapat terus diperhalusi berdasarkan keperluan semasa dan masa hadapan.

Arkib Foto