Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Lawatan Turun Padang ke Kampung Angkat MADANI Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang

Lawatan Turun Padang ke Kampung Angkat MADANI Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II telah mengadakan lawatan turun padang ke Kampung Angkat MADANI Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Lawatan ini melibatkan tinjauan ke beberapa projek pembangunan infrastruktur dan sosioekonomi setempat, antaranya penyerahan Balai Nelayan dan Titi Jeti Nelayan yang telah siap sepenuhnya, projek pelebaran Jalan Dataran Kuala Pulau Betong serta perancangan pembinaan Jeti Pelancong, Bengkel Batik dan Kabin Niaga.

Delegasi turut diberikan taklimat mengenai projek pengurusan sungai dan muara oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dengan penekanan terhadap aspek keselamatan, kesejahteraan serta keselesaan penduduk setempat.

Inisiatif Kampung Angkat MADANI mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur asas serta meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat di peringkat akar umbi. Usaha ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti nelayan dan penduduk setempat, malah berpotensi membuka peluang ekonomi baharu menerusi sektor pelancongan dan keusahawanan desa.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah YBhg. Dato’ Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), bersama delegasi Kementerian Kewangan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Pasukan Belanjawan 2027.

Arkib Foto