YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 (MAPPA Ke-18).
Kementerian Kewangan menyambut baik pengumuman YAB Dato Sri’ Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri. Sebanyak enam inisiatif diumumkan sebagai tanda prihatin Kerajaan dan pastinya membantu memberikan semangat kepada para penjawat awam agar terus bangkit berkhidmat untuk negara.

Pengumuman YAB Perdana Menteri berhubung langkah Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 dan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk tahun 2023 melibatkan implikasi kewangan tambahan kepada Kerajaan sebanyak RM2.8 bilion.

Susulan pengumuman tersebut, setiap penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 akan menerima RM1,900 tambahan pada tahun 2023. BKK sebanyak RM700 akan dibayar pada bulan Januari 2023 dan KGT tambahan khas RM100 pula akan dibayar setiap bulan bermula Januari 2023.