YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama #TeamMOF untuk menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2022 di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Putrajaya.
Sepanjang menjadi Menteri Kewangan, pelbagai cabaran dan pengalaman pahit manis yang telah beliau tempuhi bersama #TeamMOF.

Antaranya, beliau dan #TeamMOF turut telah merencana pelan-pelan pemulihan semasa negara dilanda wabak COVID-19 yang mengganggu gugat keselamatan dan kesihatan rakyat.

Namun, kerjasama #TeamMOF tidak terhad kepada tugas tetapi juga dalam aspek kemasyarakatan. Sebagai contoh, demi semangat #KeluargaMalaysia, #TeamMOF turun padang untuk membantu dan menyampaikan sumbangan kepada para mangsa banjir.

Beliau juga dapat lihat kesungguhan dan dedikasi #TeamMOF dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka demi kesejahteraan bersama. Tanpa menghiraukan penat lelah, #TeamMOF terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada #KeluargaMalaysia.

Namun, beliau juga mengingatkan #TeamMOF bahawa pekerjaan dan tugasan masing-masing tidak akan selesai kerana sebagai penjawat awam, amanah #TeamMOF adalah untuk memastikan kesejahteraan rakyat berpanjangan. Dengan tekad dan kerjasama seluruh #TeamMOF dan agensi-agensi di bawah MOF, usaha mulia kita akan diberkati dan dipermudahkan.