YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II mewakili YAB Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merasmikan Majlis Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah 2023 (AIGA 2023) di Putrajaya.
Dalam ucapannya, beliau menghargai komitmen kedua-dua sektor awam dan swasta memupuk dan mengamalkan piawaian tertinggi bagi pelaksanaan inisiatif integriti, tadbir urus dan antirasuah.
Tambahnya lagi, pembudayaan integriti bererti segala amalan berteraskan integriti itu bukan lagi suatu pilihan, sebaliknya ia menjadi naluri dan sebati dengan watak nasional kita, membimbing tindakan dan keputusan setiap rakyat. Malaysia komited untuk memanfaatkan teknologi untuk memperkukuh inisiatif integriti, tatakelola baik dan pencegahan rasuah.
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah Platinum AIGA - Sime Darby Plantation Bhd (RM50,000), Anugerah Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSH) Berintegriti Terbaik - Northport (Malaysia) Bhd (RM10,000) dan Penghargaan Khas Integriti - Kerajaan Negeri Sarawak.
Turut hadir, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Razarudin Husain, Ketua Polis Negara dan YBhg. Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.