Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Anugerah Pembayar-Pembayar Cukai Terbaik 2020 Dan Most Outstanding Hasilian 2020 Sempena Sambutan Hari Hasil Ke-25

Majlis Anugerah Pembayar-Pembayar Cukai Terbaik 2020 Dan Most Outstanding Hasilian 2020 Sempena Sambutan Hari Hasil Ke-25

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah hadir di Menara Hasil, Cyberjaya untuk Majlis Anugerah Pembayar-Pembayar Cukai Terbaik 2020 dan Most Outstanding Hasilian 2020 sempena sambutan Hari Hasil Ke-25. Turut bersama beliau adalah YBhg. Dato’ Asri Hamidon, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif Hasil Dalam Negeri.

Sepanjang tahun 2020, LHDNM telah banyak membantu Kerajaan dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif seperti Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Geran Khas Prihatin (GKP) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Selain dari itu, Kerajaan juga amat menghargai sokongan oleh pembayar cukai yang membantu dalam membangunkan semula ekonomi negara yang telah terjejas.⠀

Pencapaian ini adalah hasil dari kemampuan dan tekad semua Hasilian dalam menyokong usaha Kerajaan memastikan kebajikan Rakyat, serta kerjasama pihak pembayar cukai yang disiplin dalam membayar cukai.

Arkib Foto

Logo Accessibility