Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan Tahun 2021 bertempat Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.
YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah hadir bersama-sama YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II.
YB Menteri merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada hampir 130 warga Perbendaharaan yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2021.
Walaupun hanya segelintir yang diiktiraf, beliau yakin lebih ramai warga Perbendaharaan yang turut memberikan khidmat cemerlang dan layak menerima pengiktirafan.
Kepada para penerima anugerah, beliau berharap agar kejayaan tersebut menjadi titik permulaan untuk terus mengorak langkah cemerlang dalam melakar kerjaya masing-masing.
Beliau juga menaruh harapan yang tinggi agar pengiktirafan dan penghargaan dapat menyuntik semangat dan meningkatkan lagi motivasi #TeamMOF bagi melahirkan lebih ramai lagi modal insan yang berakauntabiliti, progresif dan berintegriti supaya dapat dijadikan ‘role model’ kepada rakan seperjuangan yang lain.