Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Sijil Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan Malaysia Tahun 2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang & Sijil Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan Malaysia Tahun 2025

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sijil Perkhidmatan Cemerlang (SPC) Perbendaharaan Malaysia Tahun 2025 telah berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan (MoF), Putrajaya. Sesi penyampaian telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan Il.

Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 133 orang penerima APC dan 61 orang penerima SPC pada kali ini.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan bagi usaha gigih, dedikasi dan komitmen tanpa mengenal erti lelah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Beliau menyeru agar warga Perbendaharaan terus komited dalam menjalankan tugas dan kejayaan sebegini boleh dijadikan pendorong untuk terus melakar kecemerlangan yang lebih gemilang dan menjadi inspirasi kepada warga kerja yang lain melalui perkongsian pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik.

Beliau juga menyatakan harapan agar Perbendaharaan Malaysia terus menjadi institusi yang dihormati dan diyakini dalam memacu kemajuan negara.

Turut hadir YBhg. Tan Sri Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Arkib Foto